Tentang
Diriku
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua….Selamat datang ke
“@azmizan’s blog of Malaysian Mollusc”. Blog ini lebih bertemakan perbincangan
mengenai bivalvia yang ada di Malaysia,
lebih senang sebut jenis-jenis siput, kerang dan sebagainya. Pastinya ramai
yang berkerut tertanya-tanya mengapa saya memilih haiwan yang bercengkerang
seperti siput sebagai tema utama perbincangan dalam blog ini sedangkan banyak
lagi perkara yang boleh dibincangkan? Baiklah, ini jawapankan, saya percaya
bahawa bivalve ialah makanan amat diminati oleh ramai rakyat Malaysia namun
ciri-ciri haiwan tersebut sering diabaikan berbanding haiwan-haiwan lain yang
menjadi sumber makanan seperti ayam dan ruminant(lembu). Saya amat meminati
segala informasi mengenai moluska dan segala implikasi berkaitan nutrisi
mengenainya…kononnya dulu minat main doktor-doktor masa zaman kanak-kanak
rebina..hehe.
Secara ringkas dalam ruangan ini saya ingin
memperkenalkan diri sebagai tanda perkenalan. Nama saya Azmizan Bin Abd Rahman.
Kehidupan zaman kanak-kanak riang saya banyak berlaku di Alor Setar, Kedah
walaupun dilahirkan di Ipoh,
Perak. Mendapat pendidikan rendah di Sek Keb Sungai Korok Baru serta pendidikan
menengah di SMKA Yan. Kemudian, saya meneruskan pengajian di peringkat matrikulasi
di Kolej Matrikulasi Perak. Kemudian, saya berpeluang melanjutkan pelajaran ke
peringkat ijazah sarjana muda dalam bidang Sains dengan Pendidikan (K) Biologi
di Universiti Putra Malaysia.
Alhamdulillah, berkat doa ibu dan bapa saya serta usaha yang berterusan, saya
berjaya menamatkan pengajian denagn baik. Sepanjang proses belajar dari
peringkat rendah hingga ke peringkat ijazah sarjana muda, bermacam-macam
perkara saya dapat pelajari serta kenangan yang terbina dalam mengenal erti
kegigihan, ketaatan, persahabatan dan segala-galanya. Pasti korang semua pun
teringat zaman-zaman muda kan.
So, jangan lepaskan usia muda kita ni bagi mencari banyak kenangan untuk
disimpan. Kalau ada apa-apa aktiviti yang berfaedah, join lah…jangan jadi kera
sumbang masa zaman muda…rugi sampai tua tau…hehe.
Sekarang ni, saya telah berusaha untuk menyambung
pelajaran ke peringkat sarjana dalam bidang pendidikan sains (Biologi). Kini
saya memlilih universiti di negeri kelahiran saya iaitu Universiti Pendidikan
Sultan Idris (UPSI)…hehe. Hopefully, saya berjaya dengan cemerlang…doakan
yer..///